Artikel

Ini 10 Strategi Kerajaan Terapkan Pada Lanjutan PKP

Memahami kejutan semua pihak berdasarkan lanjutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 18 Februari ini, kerajaan menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menerapkan 10 strategi bagi memerangi penularan COVID-19.

Pertama – Tindakan perundangan melalui Ordinan Darurat akan dilakukan. Di mana pengukuhan penguatkuasaan akan dilaksanakan

Kedua – Pemantauan pengurusan tempat kediaman pekerja akan dilakukan. Pemantauan pada kawasan penginapan akan digerakan khusus kepada syarikat pengeluaran

Ketiga – Pematuhan SOP, garis panduan di kawasan tempat bekerja. Pemantauan yang lebih agresif akan dilakukan

Keempat – Pemantauan pematuhan menyeluruh, agensi kerajaan akan bertanggungjawab

Kelima – Melaksanakan program ujian saringan COVDI-19 secara agresif

Keenam – Skuad ABC-19 atau Ejen Basmi COVID-19 berperanan sukarelawan komuniti

Ketujuh – Penempatan sementara sektor alam – memperkasa agensi tunjang pengurusan pandemik

Kelapan – Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan 

Kesembilan – Penggunaan teknologi, pengukuhan tindakan kesihatan

Kesepuluh – Taksiran pelaksanaan tindakan dijalankan

Menurut Dato’ Sri Ismail Sabri, kesan pelaksanaan strategi ini bukan sekadar membantu sektor kesihatan – namun turut memberi kesan yang baik buat pertumbuhan ekonomi negara. Selain 10 strategi pelaksanaa ini, kadar nilai kompaun juga bakal dinaikkan tidak lama lagi. Bagaimanapun, Jabatan Peguam Negara masih meneliti draf cadangan tersebut.

Perancangan pelan strategi ini telah dirangka merangkumi pelbagai pihak, termasuklah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Untuk makluman, setakat ini negeri Sarawak sahaja yang tidak termaktub di bawah pelaksanaan lanjutan PKP yang dikuat kuasakan mulai 5 Februari hingga 18 Februari kelak. Sementara itu, garis panduan berhubung perayaan Tahun Baru Cina akan dimaklumkan tidak lama lagi.