Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyedari ramai pihak mulai mempersoalkan peranan JAKIM susulan isu kartel daging – berhubung status halalnya. Namun, lanjutan tindakan itu adalah diluar kuasa pihaknya.
Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri Kanan (Hal Ehwal Agama) menyatakan tindakan selanjutnya kerajaan adalah menyerahkan tugasan tersebut kepada pihak berkuasa. Iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Setakat ini, penelitian isu tersebut sedang dilakukan dan hasil siasatan akan dimaklumkan kelak. Bagaimanapun, bagi membantu pengurusan yang lebih baik JAKIM telah tampil dengan beberapa inisiatif serta pemantauan berskala ke atas pengimport daging.
Kini, terdapat 318 senarai penuh pengimport daging yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia telah dipaparkan pada pautan Portal Rasmi Halal Malaysia untuk makluman semua pihak.