Sebelum ini telah berlakunya kekecohan pada pasaran saham Amerika Syarikat disebabkan aktiviti jual beli saham pada entiti GameStop – iaitu sebuah syarikat permainan video AS.
Ternyata pembelian saham GameStop telah mengubah dinamik papan pelaburan AS menjadi tidak menentu dan aktiviti secara ‘short-selling’ (jualan pendek) ini telah menyebabkan kerugian yang mendadak kepada pelabur utama di Wall Street.
Apa yang mengerunkan, amalan ini dilihat mulai menjadi ikutan buat pelaburan negara lain.
Susulan itu, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia memberi peringatan kepada para pelabur untuk berwaspada terhadap promosi saham dagangan yang berasaskan spekulasi, yang mampu mempengaruhi tanggapan mereka di ruang media sosial.
Ini kerana, momentum pasaran di Malaysia dan AS adalah berbeza. Negara menerapkan Jualan Singkat yang Dikawal Selia (RSS). Tindakan senarai RSS ini bertujuan mengelakkan dari sebarang aktiviti jualan singkat yang berlebihan berlaku.
Sekiranya didapati berlaku aktiviti sedemikian yang merangkumi cadangan, nasihat pelaburan saham tanpa lesen atau melanggar mana-mana perundangan sekuriti – individu boleh didenda sehingga RM10 juta atau penjara sehingga 10 tahun.
Malah, SC turut mengatakan pemantauan rapi akan terus dilakukan supaya kegiatan mengugat atau menyalahgunakan amalan pelaburan Malaysia dapat di atasi dengan baik.
Untuk makluman, meskipun aktiviti ‘short-selling’ yang sedang berlaku pada syarikat GameStop ini dilihat tidak menyalahi undang-undang dan peningkatan harga saham telah naik secara mendadak – namun ia tidak menjamin kedudukan serta potensi entiti tersebut pada papan pelaburan. Ia sekadar cetusan perang perdagangan antara peruncit dan kumpulan pelabur kapitalis.