Artikel

Malaysia Terima Bekalan Vaksin Pertama Pada 26 Februari Ini – DG Noor Hisham

Malaysia tidak lama lagi akan menerima bekalan vaksin fasa pertama pada 26 Februari ini. Pengagihan dos vaksin itu dijangka akan dilakukan setelah 2 minggu bekalan diterima.

Makluman itu telah dinyatakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisyam pada hari ini, malah kerajaan turut menjangkakan pada suku pertama 2021 – sekitar 1 juta dos vaksin COVID-19 akan diperolehi negara.

Anggaran itu akan diterima oleh 500,000 penerima dos vaksin fasa pertama kelak. Antara pihak yang terlibat dalam penerimaan pertama suntikan vaksin ini adalah petugas barisan hadapan.

Manakala agihan vaksin meliputi rakyat Malaysia secara menyeluruh pula dijangka akan selesai pada suku pertama 2022.

Agihan suntikan vaksin ini akan dijalankan secara berperingkat dan beberapa fasa sehingga ia mencapai kadar keseluruhan selama 12 bulan.