Artikel

Pertumbuhan Ekonomi Negara Dijangka Terus Menurun Tahun Ini – Fitch Solutions

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berterusan akan meningkatkan kesan negatifnya ke atas pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Menurut Fitch Solutions, tempoh lanjutan kawalan terbabit mampu meningkatkan lagi perbelanjaan kerajaan pada pakej rangsangan bantuan.

Seperti yang umum ketahui pada 18 Januari lalu, kerajaan telah memperkenalkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) sekitar RM15 Bilion kepada rakyat Malaysia. Bagaimanapun, Fitch berpendapat pakej tersebut bersifat jangka masa pendek.

Sekiranya lanjutan PKP berlaku, lebih banyak pakej rangsangan perlu disalurkan kepada rakyat negara.

Fitch juga melihat penerapan pakej rangsangan itu mampu menimbulkan risiko negatif ke atas jangkaan defisit fiskal tahun ini, 2021. Di mana pada kadar 5.5% daripada KDNK Malaysia.

Perkara itu membawa erti perbelanjaan kerajaan Malaysia pada tahun ini dijangka terus terjejas.