Artikel

Prestasi Nilai Eksport Negara Bertambah Baik – Papar Peningkatan Separuh Kedua 2020

Meskipun pertumbuhan ekonomi negara telah terkesan disebabkan pandemik dan isu global, namun prestasi perdagangan luar Malaysia masih memaparkan unjuran baik.

Setakat ini, nilai eksport negara telah meningkat pada separuh kedua 2020. Peningkatan itu dikaitkan dengan pemulihan permintaan negara luar secara perlahan.

Antara produk yang mendorong peningkatan tersebut adalah hasil pertanian berasaskan minyak sawit dan getah, serta barangan elektrik dan elektronik. Kedudukan permintaan tersebut telah mengukuhkan kembali perkembangan nilai eksport negara.

Selain itu, negara lain yang turut terlibat dalam permintaan eksport adalah ke China mencatatkan kenaikan baharu pada 2020 dan Amerika Syarikat yang mencatatkan nilai terbesar sepanjang 10 tahun lalu.