Artikel

6 Kategori Pelajar IPT Dibenarkan Pulang Ke Kampus Bermula 1 Mac

Kementerian Pengajian Tinggi kini telah mengumumkan enam kategori pelajar IPT dibenarkan untuk pulang ke kampus secara fizikal bermula 1 Mac 2021 untuk mengikuti pembelajaran secara hibrid.

Enam kategori pelajar yang dibenarkan pulang ke kampus seawal 1 Mac 2021 adalah seperti berikut:

  • Pelajar dari program pengajian peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Siswazah yang memerlukan praktikal, makmal, klinikal, latih amal, studio, bengkel dan peralatan khas.
  • Pelajar yang tidak mempunyai akses dan persekitaran tidak kondusif bagi melaksanakan PdP dalam talian.
  • Pelajar Asasi atau Setara dan Diploma yang sedia ada di kapus boleh meneruskan pembelajaran secara hibrid
  • Semua pelajar antarabangsa sedia ada dan baharu kecuali dari United Kingdo
  • Pelajar Berkeperluan Khas (OKU)
  • Pelajar yang menduduki MUET, peperiksaan antarabangsa dan badan profesional.
  • Bagi pelajar Semenanjung yang ke Negeri Sabah dan Sarawak, anda akan diwajibkan menjalani ujian swab yang akan dibiayai oleh KKM. Pelajar yang tiba ke Sarawak akan diwajibkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari sebelum dibenarkan pulang ke kampus. Kos makan minum dan kuarantin mulai 1 Mac 2021 akan ditanggung oleh kerajaan Negeri Sarawak.

    Untuk pelajar Sabah dan Sarawak yang ke Semenanjung pula, pelajar akan ditempatkan di pusat pengasingan yang ditentukan oleh IPT masing-masing bagi memastikan bebas daripada sebarang gejala Covid-19.

    Seperti biasa, anda dinasihatkan untuk merujuk pusat pengajian masing-masing dalam mengetahui sebarang perubahan semasa. Pelajar turut boleh menghubungi Bilik Gerakan Covid-19 KPT yang dibuka 24 jam melalui talian 03-8870 6777/6623/6628, atau terus menghubungi IPT masing-masing.