ESPN kini dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk menjual francais permainan sukan aksi mereka, X Games.
Mengikut laporan The Information, ESPN sedang melihat kepada menstruktur kembali perniagaan mereka, pasca Covid-19. Apatah lagi kini dengan fokus terhadap arena penstriman video, dan permintaan pengguna untuk sejumlah sukan yang mula berubah.
ESPN diperkatakan sedang melihat kepada beberapa perkara bagi X Games – termasuk sama ada menjualnya atau melesenkannya kepada pihak lain.
Sekiranya dilesenkan, ESPN mungkin menguruskan penerbitan, tetapi ia akan ditayangkan di saluran media yang lain dan bukannya di ESPN.
X Games sebelum ini telah diadakan pada tahun 1995 yang lepas, dan merangkumi sejumlah acara, termasuk melibatkan papan luncur, basikal, dan beberapa yang lain.