Sudah 17 hari rakyat Malaysia mengikuti garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua untuk mengurangkan penularan pandemik yang lebih besar. Namun ternyata hari ini (29 Januari) angka harian mencatatkan paling tertinggi dengan jumlah kes baharu 5,725 kes positif.
Melihat pada catatan itu, Selangor telah tampir sebagai negeri yang tertinggi untuk kes baharu hari ini iaitu sebanyak 3,126 kes positif dicatatkan.
Angka ini sememangnya mengundang kegusaran seleuruh rakyat negara. Ini menjadikan angka keseluruhan kes negara adalah sekitar 203,933. Bagaimanapun, kes yang telah sembuh sepenuhnya mencatatkan 157,722 individu telah pulih. Namun angka kematian kini telah mencecah 733 kes kematian.
Tindakan selanjutnya harus dititikberatkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi meneliti kaedah sewajarnya menerusi penilaian risiko.
Selain itu, peranan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta Kementerian Sumber Manusia (KSM) juga perlu diperhalusi semula bagi mengatasi isu pembabitan penularan kes dalam kalangan para pekerja pengeluaran.
Ini kerana, penulis berpendapat rakyat sudah mengikuti dan mematuhi garis panduan yang telah diterapkan. Sekiranya ia tidak berkesan ini akan memberi impak yang lebih teruk kepada pertumbuhan ekonomi negara.