Artikel

TheNoor Kini Turut Menyasarkan Penawaran Ciri Dompet Digital – Meningkatkan Penerapan Nirtunai

Tidak hanya tertumpu kepada segmen kerohanian, kini Aplikasi TheNoor turut menyasarkan penawaran pada bahagian kewangan – dengan tampil ciri dompet digital, pembayaran zakat secara nirtunai (tanpa tunai) serta nikmati perolehan kad edisi khas bersama Touch ‘n Go.

Aplikasi TheNoor, milik pengiat seni tanah air Neelofa ini telah melampirkan ciri dompet digital – TheNoor Pay untuk memenuhi keperluan rakyat negara dalam menikmati kemudahan pembayaran yang lebih baik. Apa yang menarik, penawaran tersebut turut memberikan manfaat ganjaran kepada semua pengguna.

Sementara itu, TheNoor juga turut menawarkan kemudahan ciri Zakat, Tabarru’, dan Wasiat untuk memberi kemudahan kepada pengguna untuk melakukan transaksi tanpa mengira waktu dan tanpa perlu hadir ke kaunter pembayaran.

Penetapan mod pembayaran secara automatik juga dapat dilakukan oleh pengguna untuk tempoh yang diinginkan.

Pada masa yang sama, di bawah aplikasi TheNoor juga – para pengguna turut berpeluang dapatkan kad Touch ‘n Go edisi khas, di mana keahlian pemilikan kad tersebut akan ditawarkan pelbagai ganjaran menarik untuk pengangkutan pengguna.

Setakat ini, aplikasi tersebut sedang menanti pengesahan dari Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung penggunaannya. Bagaiamanapun, pengguna kini boleh mula memuat turun aplikasi tersebut pada AppStore untuk pengguna iOS, manakala makluman bagi pengguna Android akan diperincikan semula.