Artikel

Sekiranya Peniaga Barangan Elektronik Menaikkan Harga, Denda Sehingga RM100,000 Akan Dikenakan

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sememangnya telah merencatkan pelbagai sektor, khususnya pendidikan dan pembangunan pekerjaan.

Ini bermakna semua pihak perlu menggunakan barangan elektronik dan peranti pintar untuk kekal berhubung serta melaksanakan tugasan.

Melihat situasi ini, terdapat peniaga barangan elektronik mulai mengambil kesempatan. Oleh itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kini melancarkan Ops Catut 8.0 bagi pemantauan jualan tablet, telefon pintar, komputer riba, mesin pencetak dan barangan elektronik komunikasi lain.

Hasil pemerhatian, sebanyak 130 peniaga telah diberi Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 untuk mengemukakan maklumat harga serta kos pembelian.

Sekiranya para peniaga didapati gagal mematuhi notis terbabit, mereka boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 dibawah kesalahan Seksyen 21(5) AKHAP 2011.

Sementara itu, para pengguna dinasihatkan untuk sentiasa melakukan perbandingan harga sebelum melakukan pembelian. Malah resit pembelian juga wajar disimpan, tindakan itu dapat ditangani dengan adanya pembuktian kukuh berhubung peningkatan harga jualan.