Artikel

Bermula Hari Ini – Semua Kedai Yang Dibenarkan Beroperasi, Akan Dilanjutkan Sehingga Jam 10 Malam

Mulai hari ini, bagi premis perniagaan di bawah Senarai Perkhidmatan Perlu, boleh melanjutkan pembukaan operasi mereka sehingga jam 10 malam.

Penguatkuasaan itu telah di maklumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam (28 Januari) menerusi kenyataan bertulis.

Antara premis yang terlibat adalah semua operasi perniagaan yang telah dibenarkan seperti pasaraya, kedai runcit, kedai serbaneka, farmasi, kedai keperluan harian, kedai makanan haiwan,kedai dobi serta kedai cermin mata.

Bagaimanapun, penerapan lanjutan masa operasi ini hanya tertakluk kepada premis sahaja tidak pada operasi seperti pasar harian, pasar malam dan pasar borong.

Tindakan itu bagi mengekang aktiviti mengumpulan orang ramai pada ruang pembelian.