Seharusnya Malaysia mencontohi pengurusan pandemik COVID-19 yang sedang dilakukan oleh negara-negara jiran seperti Vietnam, Thailand dan Singapura.
Ini kerana pada kedudukan Indeks Prestasi COVID-19 Lowly Institute telah memaparkan Vietnam pada tangga ke-2, Thailand pula di tangga ke-4 dan Singapura di tangga ke-13.
Sementara itu, Malaysia pula berada pada kedudukan ke-16. Terdapat beberapa pendekatan penilaian yang dilakukan, antaranya adalah jumlah kes positif, kematian serta penetapan ujian saringan bagi setiap negara.
Penilaian juga turut meliputi pertumbuhan ekonomi semasa dan dinamik politik.
Berdasarkan tinjauan itu, ternyata negara yang memiliki populasi bawah 10 juta penduduk dilihat lebih seimbang menangani penularan pandemik berbanding negara yang memiliki jumlah penduduk yang besar.
Kenyataan itu secara terus menunjukkan negara Asia Pasifik dilihat berjaya mengenalpasti dan mewujudkan strategi menangani pandemik lebih baik berbanding negara-negara Eropah, Amerika Syarikat.
Ini adalah senarai 20 Negara Terbaik Mengurus Pandemik COVID-19:
- (1) New Zealand
- (2) Vietnam
- (3) Taiwan
- (4) Thailand
- (5) Cyprus
- (6) Rwanda
- (7) Iceland
- (8) Australia
- (9) Latvia
- (10) Sri Lanka
- (11) Estonia
- (12) Uruguay
- (13) Singapura
- (14) Malta
- (15) Togo
- (16) Malaysia
- (17) Finland
- (18) Norway
- (19) Lithuania
- (20) Korea Selatan
Bagaimanapun, pemerhatian penulis melihat kedudukan ini tidak membawa maksud bahawa peranan petugas hadapan negara tidak memadai, namun skop penilaian adalah lebih besar. Ia meliputi kaedah bantuan, populasi kemiskinan, kadar pengangguran berserta dinamik pelaburan dan operasi perniagaan negara.
Diharap dengan pemaparan laporan ini, Malaysia mengambil iktibar berhubung tindakan yang dilakukan oleh negara jiran bagi meningkatkan lagi daya produktif negara untuk memutuskan rantaian COVID-19.