Artikel

Apple, Facebook Catat Keuntungan Mendadak – Jadi Pilihan Pengguna Di Kala Pandemik COVID-19

Siapa sangka penerapan bekerja dari rumah (WFH) dan pelaksanaan kawalan pergerakan diseluruh dunia mampu meningkatkan keuntungan syarikat gergasi teknologi seperti Apple dan Facebook.

Apple kini menyatakan keuntungan bagi suku tahunan jenama tersebut telah mencecah hampir RM116.5 bilion (AS$28.8 bilion), peningkatan 29% telah dicatatkan berbanding suku yang sama pada tahun lalu.

Ini termasuklah peningkatan jualan ketika Krismas yang mencatatkan RM449 bilion (AS$111 bilion) – meningkat 21%.

Sementara itu, Facebook pula melaporkan peningkatan pembelian atas talian ketika musim pandemik telah mendorong pemintaan produk dan itu menguntungkan pihaknya – di mana pendapatan bagi pengiklanan untuk suku tahun ini telah naik mendadak sekitar 30%.

Lebih menguntungkan aplikasi Whatsapp dan Instagram yang dibawah naungannya turut menunjukkan peningkatan jumlah pengguna aktif – iaitu meningkat kepada 2.6 bilion individu setiap hari, naik 15% berbanding tahun 2019.

Situasi ini jelas memaparkan pemahaman teknologi dan penggunaannya memiliki kelebihan ketika krisis COVID-19 berlaku, namun harus diingat penggunaan ini dijangka akan kembali menurun setelah pandemik dapat ditangani.