Artikel

Malaysia, Australia Sasar Kerjasama Ekonomi – Tingkatkan Kelangsungan Hidup Rakyat

Malaysia dan Australia kini telah bertindak meningkatkan pengukuhan hubungan dua hala antara negara melalui kesepakatan Rakan Kerjasama Komprehensif-Strategik (CSP).

Menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, persefahaman itu dapat meningkat 3 aspek hubungan diplomatik iaitu Kesejahteraan Ekonomi, Masyarakat, dan Teknologi serta Keselamatan Serantau.

Kerjasama CSP ini juga turut memperlihatkan penerokaan bidang, pelaburan baharu seperti sektor kesihatan, data sains teknologi, ekonomi digital, inovasi dan kelestarian persekitaran.

Pelan ini dilihat suatu tindakan yang baik untuk rakyat Malaysia, di mana mampu meningkatkan pembangunan peluang pekerjaan, mingkatkan perkembangan sektor dan membantu memulihkan semula aliran pertumbuhan kedua-dua negara.

Apa yang lebih menarik beberapa kaedah menangani COVID-19 akan dilakukan untuk mengurangkan kesannya pada pertumbuhan negara – ini sekaligus memastikan rangkaian pasaran kekal terbuka dan kerjasama dalam program vaksinasi dapat membantu rakyat meneruskan kelangsungan hidup.