Artikel

Rakyat Diminta Bersabar – Bayaran BPN 2.0 Fasa Kedua Akan Dilakukan Dalam Tempoh Seminggu

Setelah Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN) fasa kedua akan dilakukan pada 21 Januari lalu, rata-rata pihak mengeluarkan rasa kesal kerana tindakan tersebut tidak diperolehi oleh segelintir individu.

Bagaimanapun, seperti yang dijanjikan sejak 13 Januari lalu – Tengku Zafrul, Menteri Kewangan menjelaskan pembayaran tersebut memerlukan sekurang-kurangnya tempoh seminggu untuk dilunaskan. Ia kerana transasksi tersebut melibatkan suatu nilai yang besar, semua pihak diminta untuk bersabar dan menanti kemasukan amaun yang telah dijanjikan.

Setakat 24 Januari lalu, sekitar 6.4 juta akaun telah menerima bayaran tersebut. Manakala bagi pembayaran pada tarikh 25 Januari hingga 29 Januari ia akan dilakukan secara berperingkat.

Untuk makluman, nilai keseluruhan BPN 2.0 faa kedua ini merangkumi nilai agihan sebanyak RM2.38 bilion serta dijangka dapat memanfaatkan 11.06 juta penerima bujang dan isi rumah negara.

Maka, pemahaman semua pihak amat dihargai.

Bagi pengguna yang masih belum menyemak dan mengetahui status penerimaan BPN 2.0, boleh layari pautan di bawah.