Premis perkhidmatan makanan dan minuman antara segmen yang sudah pasti mengalami persaingan sengit di kala era pandemik ini. Jenama yang turut terkesan adalah syarikat Starbucks, yang memaparkan penurunan keuntungan pada laporan suku tahunan.
Jenama penyediaan minuman kopi itu melaporkan catatan keuntungan yang diperolehi pada suku pertama tahunan berakhir 27 Disember 2020 adalah RM2.51 bilion (AS$622.2 juta) iaitu merudum sekitar 29.8%.
Catatan keuntungan ini jauh lebih rendah berbanding tempoh tahun lalu sekitar RM27 bilion (AS$6.7 bilion).
Selain mengalami kerugian pada jualan, Starbucks turut menanggung kos operasi tambahan yang tinggi, merangkumi bahagian program dan keselamatan tenaga kerja.
Bagaimanapun, Starbucks masih kekal positif akan fasa pemulihan operasi perniagaan mereka pada pasaran China, dan penurunan sedikit masih dicatatkan pada pasaran Amerika Syarikat (AS).
Menurut Ketua Eksekutif Starbucks, Kevin Johnson – penglibatan operasi dilihat masih lagi relevan dan kekal mendapat permintaan. Perkara itu secara terus menjadi kekuatan buat jenama Starbucks dalam persaingan premis perkhidmatan minuman.
Setakat ini, pihaknya menjangkakan keuntungan pada tahun ini meningkat dengan lebih tinggi, dari sudut permintaan dan pasaran. Meskipun mengalami kerugian – Starbucks kekal produktif dengan membuka pelbagai cawangan baru pada pasaran dunia.