Artikel

Hampir 90 Juta Rakyat Dunia Akan Alami Kemiskinan Melampau, Menjelang 2022 – IMF

Meskipun sasaran pemulihan ekonomi global dijangka dapat dilakukan pada tahun ini, namun dunia kekal menanggung kerugian yang besar disebabkan pandemik COVID-19.

Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) mengatakan pemulihan ekonomi ini sudah pasti tidak merangkumi semua negara yang terkesan. Dianggarkan menjelang tahun 2022, masih terdapat 110 negara yang tidak pulih dari kesan pra-pandemik tahun ini serta hampir 90 juta rakyat dunia akan alami kemiskinan melampau.

Ketika ini kerugian yang telah dicatatkan global adalah AS$22 trilion (RM88.9 trilion) iaitu bersamaan dengan ukuran keseluruhan ekonomi Amerika Syarikat (AS). Ini suatu kerugian yang tinggi buat unjuran kumulatif 2020.

Sementara itu, Prospek Ekonomi Dunia (WEO) menjangkan antara pemulihan ekonomi yang dijangka berlaku adalah pengagihan vaksin tingkatkan kadar pertumbuhan IMF sekitar 5.5%. Ia bermakna jangkaan KDNK negara global juga turut berlaku, di mana China akan meningkat 8.8% pertumbuhan, AS akan meningkat 5% selama 3 tahun pertumbuhan, Jepun 3.1% dan India pula 11.5%.

Namun IMF telah menegaskan – sekiranya angka penularan COVID-19 terus memaparkan peningkatan, perkara itu akan mengurangkan semula ramalan pertumbuhan yang dilakukan.