Boost merupakan salah satu dompet digital popular di Malaysia. Terbaru, mereka mengumumkan kini pengguna Boost boleh melakukan pembelian secara atas-talian di Lazada, dan membayar menggunakan dompet digital berkenaan.
Dengan langkah ini, anda boleh kekal menguruskan perbelanjaan membeli-belah dengan mudah menggunakan hanya satu dompet digital sahaja.
Untuk menggunakan ciri pembayaran Boost di Lazada, anda hanya perlu memilihnya selepas selesai mengisi keranjang membeli-belah anda.