Artikel

Pepsi Dan Beyond Meat Bekerjasama – Bakal Hadir Dengan Minuman Dan Kudapan Berasaskan Tumbuhan

Beyond Meat sedia popular dengan penawaran daging berasaskan tumbuhan, dan kini sedang melihat untuk terus memperluaskan penawaran ke makanan lain yang berasaskan tumbuhan. Terbaru, hari ini Pepsi dan Beyond Meat mengumumkan kerjasama, dan akan membentuk syarikat baharu dinamakan The PLANeT Parternship.

Syarikat baharu ini akan membangunkan kudapan dan minuman berasaskan kepada tumbuhan. Kerjasama ini akan menggunakan kepakaran Beyond Meat dalam membangunkan makanan berasaskan protein tumbuhan, serta kepakaran Pepsi dalam pemasaran dan penawaran makanan kudapan serta minuman.

Dari segi syarikat pula, Beyond Meat akan mendapat akses kepada kuasa pengeluaran dan pemasaran yang besar yang dimiliki Pepsi, sementara pihak Pepsi pula dapat mempelajari dan menambah pelaburan dalam arena makanan berasaskan tumbuhan.