Artikel

Platform Selangor Kerjaya – Sasar Penawaran 10,000 Peluang Pekerjaan Pada Masyarakat

Ketidakstabilan ekonomi negara telah mendorong kepada peningkatan kadar pengangguran serta pengurangan pendapatan rakyat negara.

Melihat situasi tersebut, kerajaan Selangor kini mengumumkan pelaksanaan Selangor Kerjaya dengan penawaran sekitar 10,000 peluang pekerjaan kepada masyarakat umum.

Untuk makluman pelaksanaan ini membabitkan perbelanjaan keseluruhan sebanyak RM58 juta dalam tempoh tiga tahun.

Melalui Selangor Kerjaya, sistem profil dan pangkalan data mengikut kesesuaian minat, keperibadian, kompetensi dan kemahiran akan di ambil kira pada peroelahan tenaga kerja di Selangor.

Pada insentif yang sama, Menteri Besar Selangor – Datuk Seri Amirudin Shari mengatakan pihaknya menjangkakan sekitar 2,000 peluang pekerjaan pada tahun ini akan dipelopori oleh kumpulan graduan.

Langkah ini baik dalam membantu seluruh rakyat negara, khususnya negeri Selangor dalam mendepani isu pengangguran yang semakin meruncing. Secara tidak langsung dapat meningkatkan kreadibiliti tenaga kerja pada pembangunan pekerjaan negeri Selangor.

Bagi maklumat lanjut berhubung penawaran peluang pekerjaan ini, pembaca boleh layari pada pautan di bawah.