Artikel

JAKIM Bakal Terapkan Penggunaan Kod QR – Tangani Semakan Status Halal Daging Pada Pasaran

Isu berhubung kartel daging import sebelum ini telah dipertikaikan status halalnya. Maka tindakan lanjut dari pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) amat wajar dilakukan ketika ini. Ia kerana, bagi mengembalikan semula keyakinan peniaga dan pembeli terhadap ketelusan jualan daging di pasaran.

Menerusi Bahagian Sekretariat Majlis Halal Malaysia beberapa pelan telah digariskan bersama pemain industri jualan pasaran daging negara, antaranya adalah akan melancarkan aplikasi kod QR bagi para pengguna untuk menyemak status halal daging berkenaan di pasaran.

Tindakan ini bertujuan memastikan kualiti sijil halal berserta sumber perolehan daging tersebut dijamin tepat dan menepati kriteria patuh syariah.

Selain itu, pemantauan secara berperingkat juga akan dilakukan terhadap kilang penyimpanan daging import, langkah ini akan membawa kepada semakan berhubung piawaian operasi yang ditetapkan.