Sekiranya situasi penularan COVID-19 ini terus menunjukkan kadar yang sama, negara tidak boleh berterusan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengatasinnya – tindakan itu dilihat mampu mengugat ekonomi negara.
Terdapat beberapa pandangan telah dilontarkan oleh mantan Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB) Jalil Rasheed berhubung tindakan semasa pentadbiran.
(4) Over past 1 year, massive data has been collected. Are we using this right? How can we do better? Covid is going to linger for some time, you can’t be shutting country down everytime numbers spike.
— Jalil Rasheed (@jalilword) January 25, 2021
Jalil menyatakan langkah penangguhan beberapa sektor ekonomi dilihat bukanlah suatu pendekatan yang baik. Malah pelbagai persoalan turut ditimbulkan seperti perolehan data berhubung penularan COVID-19 selama setahun – apakah ia digunakan secara tepat?
Ini kerana pelaksanaan berterusan PKP akan memberi padah kepada rakyat negara, khususnya golongan yang memperolehi pendapatan secara harian.
Antara aspek lain yang turut ditekankan adalah penguatkuasaan peranan majikan dalam sektor tertentu yang boleh menerapkan konsep bekerja dari rumah. Keperluan itu penting dapat membantu sebahagian bebanan sektor kesihatan untuk tangani isu penularan pandemik yang lebih besar.