Artikel

Shell Mengambil-Alih Syarikat Disebalik Rangkaian Pengecas Kenderaan Elektrik Terbesar Di UK

Shell kini mengumumkan mereka telah mengambil-alih pemilik disebalik rangkaian pengecas kenderaan elektrik terbesar di UK, iaitu Ubitricity. Ia diperkatakan akan terdapat lebih 2,700 pengecas di UK dibawah rangkaian ini pada tahun ini.

Nilai pengambil-alihan tidak diumumkan oleh Shell buat masa ini.

Dengan mengambil-alih ini, Shell akan dapat mengukuhkan lagi kedudukan dalam arena perkhidmatan pengecasan kenderaan elektrik. Ia juga selari dengan perancangan di Eropah yang ingin memfokuskan kepada peralihan ke arena kenderaan elektrik, dan mengurangkan kadar pencemaran.