Kenaikan harga besi pada industri pembinaan telah mendorong tekanan kepada operasi perniagaan pemain industri. Maka langkah penelitian peningkatan tersebut harus dilaksanakan.
Untuk makluman, pada Januari sehingga April 2020, harga besi tetulang (steel bars) berada pada kadar RM2,435.00/MT. Harga tersebut turun sebanyak -6.4% kepada RM2,278.00/MT pada bulan Mei dan kekal sehingga Julai 2020.
Namun pada bulan Disember 2020, harga besi di Semenanjung Malaysia telah meningkat secara mendadak sebanyak 22% kepada RM2,800.00/MT. Manakala bagi bulan Januari 2021 pula, harga besi tetulang adalah RM2,890.00/MT.
Susulan itu, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) kini akan mengkaji langkah-langkah bagi menangani kesan dan impak kenaikan harga besi terbabit.
Ini kerana terdapat beberapa kenaikan harga dipengaruhi oleh kesan rantaian aliran tunai industri yang tidak stabil, serta terma pembayaran antara kontraktor dan pembekal juga turut mempengaruhi harga bahan binaan bagi setiap transaksi.
Faktor lain yang turut dikesan mendorong peningkatan hargai kenaikan besi adalah:
- Peningkatan harga bijih timah pada peringkat global didorong kekurangan bijih timah
- Kesukaran penghantaran, barangan import disebabkan pandemik
- Kenaikan harga jualan produk lama turut meningkat
- Permintaan semakin berkurangan menyebabkan pengeluaran juga berkurangan
- Kesukaran perolehi bahan mentah seperti bijih timah dan sebahagian produk
Berdasarkan rekod CIDB, kesemua bahan binaan di seluruh negara adalah stabil sepanjang 2020 kecuali harga besi tetulang serta bahan binaan berasaskan besi yang telah mengalami kenaikan harga.