Artikel

Kesejahteraan Rakyat Dan Ekonomi Perlu Diseimbangkan – DS Ismail Sabri

Kesihatan dan ekonomi negara perlu diseimbangkan. Menteri Kanan (Keselamatan) Dato’ Sri Ismail Sabri mengatakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ini dilihat lebih baik dalam menjamin kedua-dua kepentingan sektor tersebut.

Kelangsungan hidup harus diteruskan dengan pembukaan beberapa sektor ekonomi bagi memastikan semua pihak masih memiliki pendapatan dan dapat menanggung perbelanjaan harian. Malah, tindakan pembukaan ekonomi ini juga bagi mengelakkan lebih banyak kerugian yang dilalui negara. Untuk makluman, PKP Mac 2020 telah memperlihatkan seitar RM2.4 bilion kerugian sehari yang harus ditanggung negara.

DS Ismail Sabri turut menjelaskan kaedah terbaik untuk memutuskan rantaian pandemik adalah mengehadkan pergerakan awam namun perkara itu masih lagi berlaku.

Kebenaran senarai sektor ekonomi perlu pula dilaksanakan berdasarkan kepentingan ekonomi semasa, tidak meliputi mana-mana kepentingan peribadi lain.

Malah tindakan itu adalah berasaskan penilaian risiko bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Meskipun negara tidak melaksanakan penutupan ekonomi sepenuhnya, Tan Sri Dr Noor Hisham turut optimis menyatakan penurunan kadar penularan pandemik dapat dilakukan walaupun mengambil masa yang panjang.

Sebelum ini DG Hisham mengatakan negara memerlukan sekurang-kurangnya empat minggu untuk mengurangkan jangkitan COVID-19 setiap hari bagi angka antara 500 dan 1,000 kes sehari.

Bagaimanapun sebarang lanjutan pelaksanaan PKP perlu mengambilkira kesannya pada ekonomi negara kelak.