Artikel

IKEA Cheras Pula Kini Ditutup – Mengesahkan Terdapat Kes Positif COVID-19

Setelah cawangan Damansara, IKEA Cheras pula memaklumkan operasi perniagaan mereka kini ditutup. Tindakan itu berikutan pengesanan kes postif COVID-19 dalam kalangan pengawal keselamatan mereka.

Pemberitahuan ini telah dilakukan menerusi status Facebook rasmi mereka pada hari ini (25 Januari). Susulan itu, tindakan lanjut pihak IKEA adalan menutup operasi dan menjalani proses pemantauan kesihatan mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Proses sanitasi, pembersihan serta pengesanan kontak rapat yang terlibat akan dilakukan mengikuti piawaian KKM. Tindakan keselamatan akan dilakukan dalam kadar segera.

Oleh itu, orang ramai dinasihati kekal mengamalkan garis panduan kesihatan yang ditetapkan. Teruskan memakai pelitup muka, jaga penjarakan fizikal dan sentiasa mencuci serta sanitasi tangan anda.