Isu berkemungkinan penutupan penuh ekonomi negara akan dilakukan sekiranya penularan COVID-19 tidak menunjukkan sebarang perubahan – sememangnya telah menimbulkan kerunsingan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Bagaimanapun isu yang dilontarkan oleh Dewan Perdagangan dan Perindustrian Kesatuan Eropah (EU)-Malaysia (Eurocham Malaysia) bersama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu telah disangkal.
Eurocham menyatakan maklumat edaran tersebut adalah bertujuan meningkatkan kesedaran semua pihak khususnya kepada semua pemain industri dalam berperanan pada komuniti perniagaan mereka untuk menangani penularan COVID-19.
Menurut Pengerusi Eurocham Malaysia, Oliver Roche perbincangan tidak rasmi itu berupaya mengembalikan semula fokus semua pihak, supaya tiada tindakan pelaksanaan PKP sepenuhnya dilakukan seperti Mac 2020, tahun lalu.