RTM kini dilihat dalam persediaan untuk memperkenalkan sebuah saluran khas TV Pendidikan. Melaluinya, ia dijangka akan menjadikan pembelajaran di rumah lebih efisien berbanding pada hari ini.
Untuk makluman, TV Pendidikan sebelum ini telah ditawarkan antara tahun 1972 sehingga 2008 yang lepas. Kini, ia dijangka dikembalikan, dan beroperasi dibawah salurannya tersendiri.
Nama saluran ini masih belum diumumkan, tetapi RTM dijangka akan memperkenalkan ia pada suku pertama 2021 ini.
Seperti ramai sedia maklum, disebabkan oleh penularan wabak Covid-19, salah satu cabaran utama yang dihadapi pelajar – terutamanya diluar bandar adalah akses ke internet untuk meneruskan pembelajaran. Dengan adanya TV Pendidikan khusus, ia dijangka akan memudahkan lagi perkara berkenaan dan mengurangkan beban yang ditanggung oleh ibu bapa, terutamanya golongan b40 dan diluar bandar.