Artikel

Jepun Menafikan Laporan Mengenai Pembatalan Sukan Olimpik Tokyo

Semalam, salah satu perkara yang diperkatakan oleh beberapa laporan adalah dimana Jepun melihat untuk membatalkan Sukan Olimpik yang ditangguhkan sejak tahun lepas, dan mungkin membida untuk Sukan Olimpik 2032 kelak.

Apa pun, kini Jepun hadir dengan kenyataan menafikan laporan berkenaan. Ini bermakna, buat masa ini, Jepun masih belum membatalkan perancangan untuk Sukan Olimpik Tokyo buat masa ini.

Sebelum ini, ia telah diperkatakan Sukan Olimpik Tokyo ditangguhkan untuk tempoh setahun disebabkan oleh penularan wabak Covid-19, dan dijangka berlangsung pada 23 Julai kelak.