Maybank kini hadir dengan promosi khusus yang memberikan ganjaran sebanyak RM8 untuk pengguna baru yang mendaftar kepada aplikasi MAE.
Promosi ini adalah sehingga 31 Januari 2021 kelak, dan hanya terhad kepada pengguna akaun baru MAE sahaja. Ini adalah salah satu usaha pihak Maybank dalam mengalakkan pengguna Maybank dan Maybank Islamic untuk beralih daripada aplikasi M2U kepada aplikasi MAE baru.
Maybank mengatakan pengguna akan diberikan dengan ganjaran sebanyak RM8 dalam tempoh 21 hari selepas kempen berkenaan tamat.
Maybank mengehadkan promosi ini kepada 230,000 pelanggan pertama sahaja. Bagi anda yang masih belum beralih ke MAE, mungkin boleh menyemak terma pihak Maybank berkaitan promosi ini, sebelum memuat-turun dan mendapatkan kredit tambahan RM8 ini hari ini.