Artikel

MariiKerja Diperkenalkan – Portal Untuk Memudahkan Latihan Dan Jaminan Kerja Memfokuskan Sektor Pembuatan

MARii (Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia) kini telah memperkenalkan sebuah platform digital baru dinamakan sebagai MariiKerja. Melaluinya, ia memudahkan orang ramai untuk membuat pencarian kerja dalam pelbagai industri, terutamanya sektor pembuatan.

Untuk peringkat permulaan ini, MariiKerja menawarkan jaminan pekerjaan dalam sektor pembuatan khusus untuk pelajar lepasan SPM atau lepasan IPC (Industry-led Professional Certificate).

Program IPC yang disediakan oleh MARii ini akan menawarkan latihan selama 30 hari secara percuma, selain turut menawarkan elaun dan perlindungan insurans sepanjang tempoh latihan.

MariiKerja

Platform digital MariiKerja ini akan memudahkan proses untuk orang ramai memasuki program latihan MARii dan seterusnya terus mendapatkan pekerjaan melaluinya. Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman MariiKerja hari ini.