Artikel

Jepun Rancang Mengadakan Sukan Olimpik Tokyo Pada Tahun 2032 – Laporan

Jepun kini telah mencatatkan jumlah kes positif COVID-19 sekitar 345,221 kes. Melihat peningkatan angka itu pembatalan Sukan Olimpik Tokyo cenderung untuk dilakukan.

Tindakan ini bagi menjamin keselamatan semua pihak.

Seperti yang umum ketahui isu berhubung penangguhan dan pembatalan acara temasya tersebut telah diperkatakan sejak tahun lalu dan dijangka diteruskan pada 23 Julai 2021 ini. Namun menerusi laporan The Times, pembatalan acara itu akan dilakukan.

Apa yang lebih menarik, laporan memperkatakan kerajaan Jepun sedang merancang memperolehi slot temasya tersebut pada tahun 2032.

Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang maklum balas berhubung kenyataan itu. Sekiranya benar, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa akan memaklumkan jawapan susulan perbincangan tersebut.

Ketika ini persediaan acara itu masih diteruskan seperti biasa oleh pihak penganjur.