Artikel

TNG Digital Dilaporkan Sedang Dalam Perbincangan Mengumpulkan Dana Sekitar RM600 Juta

TNG Digital merupakan salah satu syarikat memfokuskan kewangan digital dan dompet digital yang ditubuhkan hasil kerjasama Ant Group dari China, dan juga bank tempatan CIMB Group.

Terbaru, ia dilaporkan TNG Digital Sdn Bhd kini dalam perbincangan bersama beberapa pelabur dalam mengumpulkan dana sekurang-kurangnya $150 Juta (~RM600 juta). Dana ini dijangka akan digunakan untuk terus memperluaskan perkhidmatan kewangan digital dibawah TNG Digital ini.

Dengan suntikan dana baharu ini, ia dijangka akan menilai syarikat TNG Digital ini pada nilai melangkaui $700 juta (~RM2.821 bilion).

Laporan baharu ini hadir selari dengan pengumuman TNG Digital baru-baru ini mengatakan bakal menawarkan ciri pelaburan asas melalui aplikasi mereka tidak lama lagi.