Artikel

Operasi Kedai Makanan Kini Dibuka Sehingga Jam 10 Malam

Persidangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) kini mengumumkan operasi gerai makanan dilanjutkan sehingga jam 10 malam.

Operasi perkhidmatan makanan tersebut hanyalah berfokuskan kepada pembungkusan makanan sahaja.

Kenyataan itu telah diumumkan oleh Dato’ Sri Ismail Sabri Menteri Kanan (Keselamatan) – di mana tindakan ini dapat memberi kemudahan kepada orang ramai untuk memperolehi bekalan makanan.

Menurutnya lagi penilaian tersebut telah mengambilkira penilaian risiko bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Melalui usaha ini, kerajaan mengatakan pihak sentiasa mendengar keluhan rakyat negara dan akan memastikan orang awam dapat menikmati kemudahan yang ditetapkan.

Bagaimanapun, semua pihak diingatkan untuk kekal mengikuti pematuhan garis panduan meskipun lanjutan tempoh terbabit dibenarkan.