Artikel

Meskipun Menurun, Prestasi Pasaran Kenderaan Tahun 2020 Kekal Baik – Catat 529,234 Unit Jualan

Era pandemik sejak akhir tahun 2019 telah memberi kesan yang mendalam kepada prestasi sektor bagi tahun 2020, termasuklah industri jualan kenderaan Malaysia.

Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) pada jualan kenderaan negara tahun lalu telah mencatatkan penurunan sekitar 74,847 unit iaitu 12.4%. Ini bermakna 2020, negara berjaya menjual 529,234 unit kenderaan berbanding tahun 2019 yang mencatatkan jualan lebih tinggi – pada 604,281 unit.

Angka TIV itu merangkumi penurunan jualan kenderaan penumpang 2020 pada 474,104 unit dan jualan kenderaan komersial pula mencatatkan 48,469 unit sahaja.

Menurut Datuk Aishah Ahmad, Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA) meskipun penurunan telah berlaku namun momentum prestasi automotif negara berjaya melalui cabaran dan tekanan pertumbuhan semasa.

Usaha ini turut disokong berdasarkan pengecualian cukai jualan untuk kereta penumpang di bawah PENJANA yang berjaya meningkatkan permintaan.

Bagi tahun 2021, menerusi pengenalan lanjutan pengecualian cukai terbabit sehingga 30 Jun 2021 dilihat baik untuk aliran industri automotif. MAA jangkakan tahun ini permintaan bakal meningkat sekitar 8% iaitu 40,566 unit lebih tinggi.


Inisiatif kerajaan ke atas industri automotif negara baik untuk pertumbuhan ekonomi. Sokongan pengecualian cukai bukan sekadar meningkatkan jualan unit kenderaan bahkan, turut meningkatkan keyakinan pengguna untuk aliran perbelanjaan.