Artikel

Pandemik COVID-19 Mempercepatkan Pertumbuhan Ekonomi Digital Negara – PM Muhyiddin

Tiada siapa menyangka penularan COVID-19 mampu menjadi pemacu kepada penerapan digitalisasi secara menyeluruh di Malaysia. Itulah hakikatnya, apabila kini hampir keseluruhan sektor negara mulai menerapkan konsep pendigitalan pada ruang organisasi mereka, dari pembelajaran sehinggalah operasi perniagaan.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan sejak pandemik ini wujud pada negara ia telah mengubah dan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi digital Malaysia.

Perubahan drastik ini dilihat berterusan berlaku dari semasa ke semasa.

Menurutnya pada sidang Mesyuarat Menteri-Menteri Digital Asean hari ini, kerajaan negara telah mengenalpasti ekonomi digital sebagai salah satu bidang pertumbuhan ekonomi utama untuk mencapai komitmen nasional dan akan memastikan pertumbuhan negara dapat dibentuk secara mapan pada perolehan pendapatan, etnik dan wilayah.

Malaysia kini akan memajukan strategi kemakmuran bersama dengan memperkasakan rakyat Malaysia melalui kemahiran digital, perniagaan bertenaga digital dan memacu pelaburan digital.

PM Muhyiddin menyatakan keyakinannya terhadap penglibatan negara Asean mampu dipertingkat menerusi pendigitalan.

Pelaksanaan langkah-langkah strategi ICT utama yang digariskan mampu memberi penekanan pada kepentingan pemusatan dan kesatuan Komuniti Asean dalam bidang keamanan siber, perlindungan data pribadi, 5G, dan mempromosikan inovasi serta pasaran e-dagang.