Selangor adalah negeri yang mencatatkan taburan kes positif COVID-19 paling tertinggi, setakat ini dengan 13,336 kes dicatatkan. Rentetan itu, kerajaan Selangor telah tampil mengumumkan Pakej Kita Selangor dengan jumlah bantuan sekitar RM73.877 juta diperuntukkan.
Menteri Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari ini menegaskan kerajaan Selangor akan terus berkhidmat membantu rakyat negeri untuk tangani isu serta kesan yang berbangkit.
Antara insentif yang digerakkan adalah pemberian secara percuma Ujian Saringan Bersasar kepada rakyat Selangor. Sekitar RM6 juta kini akan diperuntukan bagi usaha membantu kerajaan Persekutuan mengesan penularan dengan lebih efektif.
Setakat 19 Januari, terdapat 19,976 individu telah menerima ujian saringan secara percuma. Bagi peruntukan terbaharu itu, kerajaan Selangor menetapkan hampir 50,000 individu akan menerima manfaat yang sama.
Langkah ini secara tidak langsung turut membantu golongan B40 dan mereka yang terkesan membiayai kos rawatan tersebut.
Insentif lain yang turut digariskan adalah:
- Penyediaan Pusat jagaan Sementara dan Taska untuk anak-anak Petugas Barisan Hadapan secara percuma selama 2 bulan di Hospital Awam
- Penerapan Digitalisasi bernilai RM369 juta telah diperuntukkan bagi membantu perniagaan negeri Selangor
- Selangor Mesra Rakyat memperuntukkan RM100,000 kepada setiap DUN, 56 DUN keseluruhan
- Pengecualian bayaran sewa dibawah Skim Smart Sewa diberi selama 2 bualan kepada penduduk PPR, sekitar RM1.7 juta ditangung kerajaan Selangor
- Selangor Freelance bernilai RM10 juta membantu khususnya pekerja gig ekonomi
Terdapat pelbagai lagi bantuan digariskan di bawah Pakej Kita Selangor.
Tindakan kerajaan Selangor ini sememangnya wajar dilakukan. Ini kerana melalui bantuan yang disalurkan khususnya meliputi bantuan makanan, dana serta ujian saringan dapat memberi sokongan kepada rakyat negeri – untuk sama-sama mendepani penularan COVID-19.