Semua pihak ketahui dinamik politik negara sejak tahun 2020 memiliki arus naik turunnya, perkara ini tanpa sedar telah mempengaruhi sentimen penglibatan pelaburan asing pada pembangunan Malaysia. Antara yang terkesan adalah sektor hartanah negara.
Menurut Datuk Soam Heng Choon, Presiden Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) berpendapat kedudukan politik akan mendorong cabaran yang besar dalam memulihkan semula ekonomi negara setelah pasca COVID-19.
Kepincangan dinamik politik negara itu dilihat mampu mempengaruhi minat pelaburan asing pada negara.
Beliau berpendapat apabila aliran ekonomi terus meningkat ia akan membawa lebih banyak peningkatan pendapatan dan dapat membangunkan peluang pekerjaan kepada pemaju serta pemain industri.
Berdasarkan laporan EdgeProp pada tinjauan Kesan PKP Ke Atas Sektor Hartanah Malaysia itu jelas menyatakan impak politik yang tidak stabil akan meningkatkan kadar ketidapercayaan para pelabur.
Cadangan lain turut diusul adalah Institut Arkitek Malaysia (PAM) dan Master Builders Association Malaysia (MBAM) harus mencapai persetujuan bersama mengenai kaedah menangani cabaran dan masalah industri semasa untuk mengurangkan kerosakan dan kerugian.
Melihat situasi ini, pentadbiran negara perlu mengambil kira pandangan pemain industri berhubung lanskap ekonomi negara dan impak disebalik kesannya. Ini kerana kerjasama kedua-dua pihak mampu meningkatkan lagi pemahaman negara dalam membantu memulihkan semula sentimen ekonomi.