Artikel

Grab Dilaporkan Mempertimbangkan Untuk IPO Di Amerika Pada Tahun Ini

Grab merupakan salah satu syarikat yang popular dengan perkhidmatan seru-pandu, seru-makanan, dan juga penawaran berasaskan kewangan. Terbaru, menurut laporan Reuters, Grab sedang mempertimbangkan untuk melakukan penawaran awam (IPO) di Amerika Syarikat seawal tahun ini.

Ia diperkatakan penyenaraian awam ini akan memberikan tambahan dana sebanyak $2 bilion kepada Grab, sekaligus menjadikannya antara syarikat gergasi internet di rantau Asia Tenggara.

Pada hari ini, Grab diperkatakan bernilai sekitar $16 bilion. Syarikat yang bermula dari Malaysia dengan nama MyTeksi ini, kini berpangakalan di Singapura.

Sebelum ini, ia telah diperkatakan Grab dalam perbincangan untuk menyatukan operasi bersama Gojek. Namun, akhir-akhir ini, ia dilihat Gojek dalam perbincangan bersama Tokopedia untuk menyatukan kedua-dua syarikat, dan melakukan penyenaraian awam di Jakarta dan Amerika Syarikat.

Selain terbentuknya syarikat gergasi internet, penyenaraian awam ini juga sekaligus akan memperlihatkan perbelanjaan kewangan mereka, serta pendapatan dan keuntungan syarikat mereka.