Artikel

Shopee Menyaksikan Peningkatan Jualan Produk Pembaikan Rumah Sehingga 8X Ganda Ketika PKP

Meskipun tiada pembelian panik dilakukan, trafik aliran platform jualan Shopee kekal memaparkan peningkatan.

Penerapan konsep Bekerja Dari Rumah dan Pembelajaran secara Digital telah membuatkan pilihan permintaan PKP kali ini lebih tertumpu kepada barangan peralatan teknologi dan produk pembaikan rumah.

Dorongan permintaan barangan tersebut jelas berbeza berbanding pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020 yang lebih memilih pembelian panik barangan harian.

Menurut Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee menjelaskan bahawa ini kemungkinan rakyat Malaysia kini lebih bersedia dan jelas akan situasi semasa PKP.

Bagi peralatan teknologi pintar telah memaparkan peningkatan 4.5 kali ganda dengan lebih 550,000 unit seperti komputer riba, telefon pintar, tablet, papan kekunci dan banyak lagi telah terjual.

Manakala untuk produk pembaikan rumah pula menyaksikan peningkatan 8 kali ganda  iaitu lebih 900,000 unit telah terjual.

Bagaimanapun permintaan keperluan harian masih kekal meningkat – seperti pelitup muka, makanan, barangan produk kesihatan. Di mana, antaranya permintaan untuk daging, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan meningkat hampir dua kali ganda kepada 85,000 unit dijual. 

Sementara itu, walaupun sambutan Tahun Baru Cina perlu dilaksanakan secara sederhana namun semangat pembeliannya tidak akan terganggu. Ini kerana, Shopee telah hadir dengan beberapa penawaran menarik pada pelancaran Shopee 2.2 Jualan Tahun Baru Cina yang berlangsung 18 Januari sehingga 13 Februari kelak. 

Shopee akan menawarkan pelbagai produk menarik seperti baucar diskaun 88% setiap hari, penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM10 serta tawaran harga menakjubkan pada hanya 8 sen.

Lebih menarik, pengguna juga berpeluang memenangi ganjaran RM8,888 Kotak Bertuah Shopee setiap hari dengan hadiah wang tunai dari RM0.88, RM8.88, RM88.88, RM888.88 dan hadiah utama sebanyak RM8,888 serta pelbagai lagi tawaran lain. 

Untuk mengetahui maklumat lanjut, para pengguna boleh memuat turun aplikasi Shopee dan nikmati tawaran ganjaran yang disediakan sepanjang PKP ini.