Penangguhan pembayaran balik pinjaman tidak akan mempengaruhi laporan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) pengguna.
Bank Negara Malaysia (BNM) memberi jaminan itu kepada para peminjam, meskipun ketika ini pertumbuhan ekonomi negara bergerak perlahan dan penularan pandemik COVID-19 sedang berlaku di negara.
Menerusi ciapan laman Twitter rasmi BNM, pihaknya mengatakan bank-bank di negara masih lagi beroperasi dan kekal membantu golongan yang terjejas.
✅ Bank masih beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan & proklamasi darurat.
✅ Jangan ragu-ragu untuk menghubungi bank melalui telefon, e-mel & secara dalam talian jika memerlukan bantuan bayaran balik pinjaman.#BantuanTersedia #Moratorium #PKP #TRA #Bank pic.twitter.com/JjGSbPQyVk
— Bank Negara Malaysia (@BNM_official) January 18, 2021
Selain lanjutan moratorium, para pengguna juga boleh memohon pengurangan ansuran bayaran pinjaman berdasarkan pengisytiharan pendapatan terkini. Permohonan tersebut sekaligus dapat meringankan bebanan komitmen pengguna ketika situasi pandemik ini.