Artikel

PM Muhyiddin Jangka Menjelang Suku Pertama 2022 – Sekitar 26.5 Juta Rakyat Negara Telah Terima Suntikan Vaksin

Kerajaan Malaysia kini telah memberi jaminan bahawa bekalan dos vaksin lebih 80% bakal diperolehi negara.

Peratusan itu bersamaan meliputi agihan terhadap 26.5 juta rakyat negara.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menyatakan jangkaan perolehan secara keseluruhan bagi suntikan vaksin terhadap rakyat negara adalah menjelang suku pertama 2022.

Untuk makluman, agihan suntikan ini akan dijalankan secara berperingkat dan beberapa fasa. Di mana, bekalan vaksin pertama dijangka diterima pada hujung Februari 2021 ini. Itu bermakna penerima pertama suntikan vaksin negara akan dilakukan seawal bulan Mac 2021.

Program vaksinasi di bawah Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 ini akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga mencapai kadar keseluruhan selama 12 bulan.

Sekitar RM3 bilion diperuntukkan negara bagi jaminan bekalan tersebut.