Artikel

Semua Majikan Kini Boleh Memohon Program Subsidi Upah 3.0

Kini semua majikan, tanpa mengira sektor ekonomi boleh memohon Program Subsidi Upah 3.0.

Menerusi penambahbaikan yang telah diteliti, semua majikan yang beroperasi ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) layak memohon program tersebut.

Terdapat beberapa perkara yang perlu diketahui:

  • Bagi permohonan untuk tempoh 1 bulan – majikan layak menerima subsidi upah pada kitaran RM600 bagi setiap pekerja yang memiliki pendapatan kurang dari RM4,000
  • Sebelum ini kerajaan menetapkan sekitar maksimum jumlah pekerja hanya 200 pekerja sahaja namun kini dipertingkatkan kepada had 500 pekerja

Penambahbaikan ini secara tidak langsung dapat memanfaatkan lebih 2.6 juta pekerja dan 250,000 majikan yang terjejas di kala pandemik COVID-19.