Artikel

PM Muhyiddin Umum Pakej Bantuan PERMAI, Sejumlah RM15 Bilion Diperuntukan Untuk Rakyat

Pada sidang perutusan Pakej Bantuan Khas sebentar tadi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kini mengumumkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI)  sebanyak RM15 Bilion kepada rakyat Malaysia.

Iniasiatif ini adalah lanjutan daripada pakej sebelum ini. Terdapat 3 matlamat yang digarapkan dalam bantuan ini, iaitu Memerangi Wabak COVID-19, Memelihara Kebajikan Rakyat dan Menyokong Kelangsungan Perniagaan.

Langkah ini bagi menjamin perbekalan untuk semua sektor ekonomi dapat kekal diberikan dan terus memacukan pertumbuhan negara.

Kerajaan turut menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan pihak yang akan memberi kesan kepada ekonomi negara.