Tony Fernandes menyifatkan percaturan tangani COVID-19 ketika ini ‘menggerunkan’.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia itu pada laporan BBC menyatakan tindakan tersebut mampu memberi kesan yang mendalam pada industri pelancongan dan penerbangan di seluruh dunia.
Tony pada laporan itu menjelaskan seharusnya tindakan lanjut berhubung protokol seterusnya dilaksanakan oleh industri pelancongan dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Namun garis panduan tertentu telah membatasi tindakan itu.
Tony turut menjelaskan kenyataan ini adalah merangkumi semua pemain industri, sekiranya ia berterusan ia tidak akan menguntungkan mana-mana pihak.
Garis panduan negara perlulah diselaraskan dan tidak mengelirukan semua pihak.