Artikel

Industri Hotel Bajet Kini Berdepan Kesukaran

Semua ketahui, terdapat pelbagai sektor dan industri yang terjejas disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Antara yang menyuarakan tuntutan adalah Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MyBHA) berhubung kesukaran situasi ketika ini. Pihaknya menggesa kerajaan untuk tampil  dengan bantuan bersasar bagi membantu pemain industri terbabit bersama sektor pelancongan lain.

Ini kerana kebimbangan pemain industri dalam menampung kos operasi perniagaan mampu mendorong lebih banyak pemberhentian pekerja. Secara tidak langsung ia meningkatkan kadar pengangguran negara.

Antara tuntutan yang digariskan adalah penawaran skim moratorium secara automatik bagi pemain sektor pelancongan yang terjejas, meningkatkan subsidi gaji dari RM600 kepada RM1,200 untuk 6 bulan dan menawarkan rebat utiliti, pemotongan serta insentif cukai khas buat pemain industri pelancongan.

Keprihatinan pihak pentadbiran tentang isu yang sedang dihadapi ketika ini perlu dilaksanakan segera. Tindakan itu bagi menjamin aliran pertumbuhan ekonomi negara dapat diseimbangkan sebelum lebih ramai pihak yang terjejas.