Artikel

Industri Perbankan Kekal Menawarkan Bantuan Dana Serta Lanjutan Moratorium – ABM, ABIM

Industri perbankan kini bersedia membantu para peminjam yang mengalami kesukaran kewangan di kala situasi pandemik COVID-19 ini.

Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (ABIM) mengatkan tindakan itu meliputi bantuan dana serta lanjutan moratorium secara bersasar khusus kepada individu yang terkesan.

Tindakan itu meliputi peminjam B40, M40 yang kehilangan pekerjaan pada tahun 2020, 2021 boleh melakukan permohonan pelepasan pembayaran dalam tempoh 3 bulan sebelum 30 Jun kelak.

Sementara itu, bagi individu yang mengalami pengurangan gaji pendapatan boleh memohon menurunkan jumlah ansuran bayaran bulanan mereka. Usaha ini bagi menyelaraskan tanggungan individu dan mengurangkan bebanan mereka berdasarkan pendapatan terkini.

Malah bantuan ini juga merangkumi operasi perniagaan mikro yang telah terjejas.

Menurut ABM pihak perbankan telah menyesuaikan skim bantuan kewangan berdasarkan situasi semasa. Tindakan ini bagi memastikan pengurusan kewangan dapat diselaras dengan baik meskipun pertumbuhan ekonomi tidak menyebelahi semua pihak.