Artikel

Anda Kini Boleh Mula Memohon Bantuan Prihatin Rakyat 2021 – BPR 2021

Seperti yang dijanjikan kerajaan pada sidang pembentangan Belanjawan 2021, kini rakyat Malaysia boleh mulai memohon Bantuan Prihatin Rakyat 2021 (BPR 2021).

Permohonan ini telah dibuka sejak 15 Januari 2021 dan akan berakhir pada 15 Februari 2021 kelak.

Untuk makluman BPR 2021 yang dahulunya dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH) kini telah ditambahbaik berbanding bantuan sebelum ini.

Antara penambahbaikan, kelayakan dan jumlah bantuan yang akan diperolehi adalah:

  • Isi rumah berpendapatan kurang RM2,500 (tiada anak atau 1 anak) – RM1,200
  • Isi rumah berpendapatan kurang RM2,500 (memiliki 2 atau lebih anak) – RM1,800
  • Isi rumah berpendapatan RM2,501 – RM4,000 (tiada anak atau 1 anak) – RM800
  • Isi rumah berpendapatan RM2,501 – RM4,000 (memiliki 2 anak atau lebih) – RM1,200
  • Isi rumah berpendapatan RM4,000 – RM5,000 (tiada anak atau 1 anak) – RM500
  • Isi rumah berpendapatan RM4,000 – RM5,000 (memiliki 2 anak atau lebih) – RM750
  • Bujang berpendapatan RM2,500 dan ke bawah – RM350 

Kriteria lain yang turut layak memohon adalah:

Kerajaan juga pada sidang pembentangan Belanjawan 2021 lalu telah menetapkan peruntukan BPR 2021 sekitar RM6.5 bilion. Peruntukan itu bakal memanfaatkan kira-kira 8.1 juta rakyat Malaysia.

Dana BPR 2021 ini akan dibayar secara 2 ansuran, bermakna transaksi bantuan ansuran pertama dijangka akan dilakukan pada April-Mei 2021. Iaitu sebelum menjelang perayaan Aidilfitri 2021. Manakala ansuran kedua akan dibayar pada kitaran September-Oktober 2021.

Bagi rakyat Malaysia yang ingin mendaftar boleh layari pautan Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat 2021. 

Sementara bagi mengetahui maklumat lanjut dan perincian lain, para pemohon boleh melayari pautan Soalan Lazim BPR 2021 – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).