Artikel

KPM Umum Pembukaan Sekolah Pada 20 Januari Ini Ditangguhkan

Peningkatan kes positif COVID-19 sehingga 4,029 kes telah mendorong Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menangguhkan perancangan pembukaan sekolah secara menyeluruh pada 20 Januari kelak.

Penangguhan sesi persekolahan secara bersemuka itu hanya tertakluk kepada semua murid sekolah rendah dan sekolah menengah.

Ini bermakna kesemua pelajar yang terlibat pada penangguhan terbabit akan mengikuti kaedah pembelajaran secara PDPR iaitu Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah.

Namun bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama, masih perlu jalani persekolahan secara bersemuka seperti biasa. Antara pelajar peperiksaan utama ini adalah:

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
  • Diploma Vokasional Malaysia (DVM)

KPM turut menetapkan bagi para pelajar sekolah Asrama Penuh dan sekolah Asrama Harian boleh kekal memasuki asrama masing-masing serta menjalani sesi PDP di asrama sekolah tersebut, manakala pelajar Tingkatan 5 dan 6 (2020) masih perlu menghadiri sekolah.

Segala tanggungan makanan harian akan diuruskan oleh pihak sekolah.